Perjalanan Saya Sudah Bermula

Pengurusan Berat Badan

Saya pasti, ramai diluar sana pernah mencuba bermacam macam cara untuk kurus. Antaranya termasuklah dengan mencuba pelbagai jenis ubat moden, jamu, ubat kampung, pembedahan dan banyak lagi cara sehingga ada yang begitu membebankan poket dan badan!

Tetapi sekarang anda tidak perlu mencari lagi!

Ramai yang telah mencuba produk ini dan ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan. Bukan setakat menurunkan berat badan sahaja, malah kesihatan mereka berubah menjadi jauh lebih baik.

Saya sendiri sedang mengalaminya.

Jadi, janganlah anda hanya menunggu dan melihat orang lain berjaya. Ubahlah cara hidup anda hari ini. Pasti anda tidak akan menyesal.

Wednesday, May 14, 2008

Bila Diet Tidak Seimbang

Diet yang tidak seimbang bermaksud kekurangan kalori atau protein, yang boleh menjejaskan keseluruhan kelancaran tubuh badan. Keadaan ini banyak berlaku di negara berkembang. Bukan sahaja kerana faktor ekonomi tetapi kerana kurangnya pengetahuan atau pendedahan mengenai pentingnya diet seimbang.

Apa berlaku bila diet anda tidak seimbang? Diet tidak seimbang berlaku kerana kurang atau berlebihan dalam jumlah pengambilannya. Berlebihan unsur unsur diet boleh menyebabkan beberapa perkara yang paling ketara berlaku iaitu obesiti(kegemukan) serta penyakit kardiovaskular kerana berlebihan kalori dan lemak dalam badan. Penderita penyakit berisiko termasuk obesiti memerlukan diet yang khusus. Ia termasuk samaada melebihkan atau mengurangkan unsur tertentu untuk disesuaikan semula dengan keadaan pesakit.

Dimata umum, diet seringkali dikaitkan sebagai pengurangan jumlah pengambilan makanan untuk tujuan menurunkan berat badan. Padahal diet untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan didasarkan atas jumlah kalori yang masuk dan yang telah digunakan. Kegemukkan dapat terjadi jika jumlah kalori yang masuk lebih besar dari yang digunakan. Oleh kerana itu, untuk mendapatkan berat badan yang ideal, seseorang harus mengendalikan keseimbangan antara kalori yang masuk dengan tenaga yang digunakan.

**Sumber: Majalah Rapi

No comments: